Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Friday, September 09, 2016

Prank Birthday untuk Hubby Part 2!

As Salam Readers

Ok kita sambung part 2 pulak ye :D
Dalam pukul 8.22pm camtu kitaorang sampai SACC. Terus terjah lift and tekan tingkat 3. Confident je tingkat 3 kan. Sekali tengok-tengok tingkat 2 daaa. So turunlah kami dengan muka malu-malu kucing ikut escalator. haha!

Sampai je kat 1 kedai ni kami stop kejap sebab nampak hubby kat kaunter tamiya tu. fuhhhh berjanggut tunggu. Kejap-kejap dia pi kat belakang kejap-kejap dia pi kaunter semula. Hangin pulak mak yong ni menunggu @____@

Amoi kedai depan ni dah senyum-senyum tengok kami. Yelahhhh macam-macam pattern kot. Kejap berdiri kejap mencangkung. Anak buah aku yang sorang dah terpacak tepi dinding yang sorang lagi dah macam spider menyorok yang sorang lagi sibuk dok selfie ngan belon kek. hahah!

sorang usha line, sorang dah macam spider, mak yong mencangkung!!
hahaha tak tahan tengok Aqilah's spider!!!!
Acah-acah suwittt la sangat
Budak yang paling sibuk soh amik gambar dia

Ade laa dalam 15 minit kot kami menyorok camni huhu! Sekali bila anak buah habaq Pak Itam dah pi belakang, cecepat kami jalan ayam. Ehhh tetiba kawan Pak Itam dah perasan dan cepat-cepat aku angkat tangan shutttt letak kat mulut.

Dia angguk and terus gi kat hubby. Bila sampai depan pintu kedai tu, aku tetiba tak berani nak nyalakan api kat lilin!!! Sebab apa??? Sebab aku takut mall ni terbakar! hahahah! memang tak boleh blah la tmah ni! Yelah dari tadi aku fikir tau kalau sistem hidu api ke ape ntah nama tu detect api lilin ni camno. Mau kami basah lukus kang. Walaupun api lilin ni beso mana je kan tapi den totap takut OK! hahahaha nangissss :p

Masuk-masuk je terus nyanyi lagu happy birthday to you kat hubby. Hubby dah malu-malu kucing pastu boleh pulak dia cakap kami serabut...cehhhhhh hampagas betol hahaha! Yang Alisha sibuk menjerit suruh diam sebab dia cakap nanti abg kedai marah bising. Lollsss tak layan! hahaha! Abis nyanyi nyalakan api and soh hubby tiup. Nampaklah air mata laki bergenang. Dia tak percaya aku buat camni pastu mulut bising camne boleh terfikir nak buat gini. Lohhhh dah nama pun bini kan. Apa saja sanggup buat lohhhh T________T

tak boleh nak bergambar sesama tauuuu!
Happy Birthday My Man!

Hubby cakap sepanjang 5 tahun kahwin, birthday dia kali ni paling best paling dia tak sangka. Dia membayangkan balik rumah nanti ada kek atas meja, rupa-rupanya bini bawak kek sampai ke SACC lagi X______X Yelah, birthday tahun lepas belon hancus, birthday sebelum-sebelum ni celebrate kat rumah mak dia aje kikikiki!

Ehh sekejap je lepak kat situ sebab tak lama lepas tu kakak call cakap kereta dia lagi 1 tak leh start. lohhhhh OK OK kami pulang haha! Balik 24 and akak ajak celebrate kat kedai makan pulak. So dia lah belanja dinner malam tu sekali ngan family hubby. Ok rezeki aku. Jimat duit mak kakakaka!

Pastu macam biasalah mesti bini bagi hadiah kat laki kan. Aku wrap cantik-cantik and bila tunjuk kat dia je terus dia cakap alahhh dari jauh dah tau frame. Hangin pulak mak dengar. Aku cakap amik jelah orang dah bagi!
 
Dia dok pegang-pegang sambil cakap buat apa bagi abg frame? nak soh letak apa? ehhhhh padayappa betul! bukak jela bang oiiii! Hah!!! Bila dia bukak baru ler terkejut tersengih-sengih cam kerang busuk.

Hubby Wow siapa lukis ni? Handsomenya abang! sambil sengih-sengih lagi
Aku cubalah teka
Hubby siapa ni?Al ape ni? mesti order kat facebookkan
Aku al-napi la. napi suami liza tu
Hubby napi lukis ni? macam tak caya je napi pandai lukis (melambung dia puji napi lukis gambar dia sebab tambah hensem! blekkkkk)
Aku yelah, napi yang lukis. napi pandai lukis tau
Hubby habis tu kenapa napi tak melukis amek job tepi-tepi jalan tu?
Aku buat muka sambil krik krik
 
Bila dapat frame tu sibuklah dok tunjuk kat mak ayah dia kat kak su sambil cakap hensem tak hensem tak. OK fine.. Layankan aje birthday boy ni hahaha! Anyway thank you beribu-ribu lemon tau Liza Napi! Tuhan je tau camne happynya aku bila ko bagi soft copy gambar ni Liza :-*

Smart gilerkan Napi lukis!
Print A4 and tempek dalam frame aje!

Ehhh lupa plak. Actually ada lagi 1 hadiah, tapi aku dah terbagi bulan 6 ari tu. Tu pun sebab kantoiii dia yang amik kat kedai. lolsssss! Ku tempah mug gambar kami kat printcious and kengkonon tak nak pos. Nak self pickup. Atenya mak ni asyik bz semedang so mak soh le dia amik. Bila sampai kat kedai tu, si pekerja kedai tu tunjuk kat hubby betul tak ni barang you. So memang sah-sahla kantoi di situ! Bila balik rumah dia tunjuk kat aku, terus dia cakap esok abg bawak gi tempat kerja la ek. OK bang, silalah bawak memandangkan dah kantoi awal-awalkan ngeeee. Hah ni mug yang terkantoi tu haha!

Mug yang dah terkantoi awal :D

Ok tu ajer cerita prank tahun ni. 1st time buat and rasa puas hati sesangat. Walaupun nampak cam biasa je, tapi mak puas sebab dapat buat sendiri kakaka! Birthday tahun depan tunggu tahun depan jela yek. Selalunya aku ni jenis malas fikir awal-awal. Aku suka fikir last minit and sebab tu jugak lah semuanya jadi caca marba haha!
OK byeeeee!!


Ehhh layan ler kejap video yang anak buah ni rekod yek. Video sedikit caca marba kakakaka!

video

 

5 comments:

safurara said...

hehehehe alololo mengandung2 ni lomantik dia lain machiem ye kak. hehe

Chekgu Azrine said...

Wow...bangga betul akk baca..akk pun xmmpu nk buat..hehehhe

Chekgu Azrine said...

Wow...bangga betul akk baca..akk pun xmmpu nk buat..hehehhe

CikNaa said...

sweet samgat tau tmah!

~Lieza~ said...

haihh...thn depan nk wat seprais cm tmah gak la...hehehe..