Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Tuesday, September 27, 2016

Tiket Murah Legoland!!!

As Salam Readers,

Hujung minggu aritu mak n family gi legoland! tapi hari ni baru nak update pasal tiket legoland yang murah murah ni! hihi! Maklumlah mak busy mengalahkan pak menteri hokay lolsss :D :D

Macam tahun lepas, sinar harian buat lagi tau tebus tiket free legoland ni. Caranya sama je macam yang sebelum ni. Ko just beli surat khabar sinar harian yang ada tokan 1 hingga 7. Keratan akhbar yang ada tokan ni start dijual pada 8 hingga 30 ogos 16. So kalau ko nak gi 4 orang, ko kenalah beli 4 x 7=28 surat khabar. Pastu dah beli tu korang kena fill up pulak borang token tu. Isi setiap borang token tau! Jangan kau malas pulak yek! Macam mak redeem banyak tiket so terpaksalah mak laki bini over time sampai kol 2 pagi. Pastu pass sikit kat anak-anak akak yang lain sebab kesemua family baik kat johor, bangi, shah alam semua pergi. Benda murahkan, haruslah grab untuk semuanya :D

banyak x banyak x!!!
ni contoh token 1
token 1 sampai 7 fuhhhhh

Nak dijadikan cerita, waktu tebus tiket legoland ni pada 1-3 Sept 2016. Disebabkan mak duduk kat Shah Alam, so mak tebus kat karangkraf. Ingatkan macam tahun lepas boleh gi lalalala, rupa-rupanya bila sampai aje karangkraf orang dah beratur panjang. Makkkk aiiiii hazab nak tunggu kaunter bukak pukul 10 pagi. Mujurlah gi ngan kakak and anak buah. Dapat jugaklah mak gi beli breakfast sambil akak n anak buah jaga barisan fuhhhhhhhhhhhh


patah kaki berdiri dari pukul 8.15pg sampai 11.30pg!
Pintu depan yang paling nervous!!haha!

Pastu banyaklah dengar cerita yang tak best-best. Kebanyakkan tempat tiket habis cepat. Kuantan depa boleh supply 200 tiket aje? Ateee gile ke ape namanya. Memamg makan makian je la kan ngan orang ramai huhu! Tempat lain pun sama huhu! So memang mencuakkan la sebab kat karangkraf ni orang beratur sampai luar pagar ok. Waktu nak tebus tiket ni dengar lah depa-depa ni habaq tiket tinggal lagi 500 pcs aje. Memang nervous tak hengat la sambil berdoa ada rezeki kami, ada rezeki kami. Alhamdulillah sampai jugak giliran mak, kakak, anak buah n kawan-kawan yang lain. Ate boleh ler lap peluh dengan aman hihi!

Anak buah yang tudung pink tu!
Ni la dia tiket kami :D

Sofiyya paling tak sabar nak gi legoland :D

So next year berharaplah ada lagi offer yang super best camni yek! Hopefully surat khabar sinar harian tak buat onar lagi macam tahun ni haha! tetttttttttttttttttt

 

1 comment:

~Lieza~ said...

yeayy...thn depan kita kumpul lg ek...