Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Thursday, May 12, 2016

10.05.2016 Happy 2nd birthday Asyraf!

10.05.2016 lepas genap ler 2 tahun usia Muhammad Asyraf Haikal aka adik. haha! adik ke tu? Buat masa sekarang ni still adik lagi la yek. Tak tau la pulak tahun tahun depan camne. Ehh takde la pelik mana kot if panggil adik sebab sebelah husband yang nom 2 memang panggil adik. Mak mertua anak no 2. So kalau borak-borak ngan family belah Perlis memang bahasakan diri dia adik or kak dik. Pastu kakak ipar yang nom 2 pun bahasakan diri dia adik. Anak dia yang nom 2 pun bahasakan diri adik. Ni menurun pulak ke Asyraf. haha! Aci aci bukak pintu la kiranya ni kan :D Kita tengoklah ye panggilan adik tu bertahan ke tak :D

Plan nak buat birthday party tu memang ada tapi rasa macam kosong kosong kosong. So bila rasa kosong tu memang tak la kan aku survey itu ini. Tak tau la pasal pa. Husband cakap ala takpe, Asyraf lelaki. Lelaki simple sempoi aja. Owh ok fine :D

2 hari sebelum birthday Asyraf aku tanya lagi husband nak buat ke tak. Husband cakap nak buat kat rumah mak dia. Nanti panggilah kak su anak beranak and adik beradik dia yang lain. Owh ok fine. Sehari sebelum birthday Asyraf tanya lagi, nak buat ke tak. Husband balas nak, nanti abg beli kfc kita panggil yang lain. Pastu pagi 10.05.2016 tu aku tanya lagi husband, nak buat ke tak. Husband just balas nak. Pastu senyap sepi. Ngeee!

Petang tu aku call dia tanya kat mana, dia cakap kat laksa. So otak berfikir and mulut terus cakap abg bungkus laksa jelah. Syg nak makan laksa. Husband cakap tengoklah kalau rajin. Ngeee OK fine

Lepas maghrib pi cari kek birthday. Husband habaq tak mau ikut sebab nanti dia susah nak buat pilihan. Aku lagi suka sebab dia boleh jaga anak-anak. Senang dan aman pergi sorang-sorang T__________T Setengah jam jugaklah kat kedai kek tu sebab aku tak tau nak amek yang mana satu. Tu memang peel timah yek. Susah nak buat pilihan miahahaha!

Tepat 8.40pm kami celebrate birthday Asyraf. Just simple and santai aje. Takpolah dik, nanti masa kamu bersunat, ibu buat grand grand yer haha!

theme boboy foot ball. Alisha dah kepochi nak kek foot ball gak..parokk!
Adik dah pandai tiup lilin!
ni la dia si mat sengih ibu!

Selamat hari lahir yang ke 2 sayang!
Ibu doakan awak panjang usia, murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik2, menjadi anak yang soleh dan bijak selalu. Every smile you give to us is a blessing we receive everyday. You make our life complete. We love you so much!!!