Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Friday, January 20, 2017

OMG 39 minggu sudah!

As Salam dan Sejahtera Readers,

Arini mak nak update pasal adik baby dalam perut ni haa :D
Alhamdulillah dah masuk 39 minggu. Tanda-tanda nak bersalin tu macam takde lagi. Sakit ala-ala braxton hicks tu je yang ade. Acah-acah tipu gitu yek haha! Eh sakit tau. Sampai gigil-gigil kaki tahan huhu!

Masa Alisha Asyraf tak pernah rasa pun sakit braxton hicks ni. Tau-tau je turun darah dan terus sakit nak beranak. Orang kata, lain anak lain rasanya yek. Takpelah, janji adik baby sihat dan comel dalam tu yek :D

Adik baby pun masih dok sedap menendang, menyiku sepak bola lagi ni. Bila masuk malam je kemain aktif haa. Tidur malam mak pun dah tak lena tauuuuuu. Ngiring ke kiri tak selesa, ngiring ke kanan pun tak selesa. Kadang tu terpaksa tidur-tidur ayam dalam keadaan duduk. haha! Siyesly masa kakak n abang dia, mak tak rasa macam ni lolsss

Mengenai perkembangan adik baby pulak, so far Alhamdulillah. Berat baby masa 37 minggu baru 2.5 kg. Itu kata doctor yang scan tu la. Kalau ikutkan perut mak ni, mak aiii muncung kedepan sangat. Kadang tu sampai malu nak jalan sebab orang dok tegur perut mak besar T________T Air ketuban pun masih cukup and everything dalam keadaan baik.

Berat mak masa 38 minggu 58 kg weiii!sumpah tak pernah berat sampai camni!hahaha! Ikutkan Rabu lepas checkup 39 minggu tapi mak tak pi pun sebab mak pi customer site. So tak sempat lagi nak call klinik buat appointment baru. kakaka! Macam dah boleh agak berat naik 59-60 kg lalalala

Apa-apa pun semoga baby sihat-sihat dan baik-baik aje dalam tu. Kalau boleh baby keluarlah malam ni atau hujung minggu ni yek. Mak is ngeri kalau overdue. Harap-haraplah adik baby dengar doa mak ni. Amin :D

Apa-apa pun mak nak mintak maaf banyak-banyak kat semua kalau ada terkasar bahasa atau terkutuk ke. Kadang tu mak tak sedar apa mak cakap dan kadang tu emosi mak tak stabil. Bese la tu kan, emosi mak mengandung ni kan lain macam sikit haha! Doakan mak selamat bersalin dan adik baby sihat selalu yek. Thanks korang

Doakan urusan kami berdua dipermudahkan seperti biasa yek. Amin
 
  

Tuesday, January 17, 2017

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik?

As Salam dan Sejahtera Readers,

Korang tau tak apa itu hark disk? Di zaman internet dihujung jari ni, aku confirmlah korang tau apa itu hard disk dan aku yakin sangat setiap orang paling tidak pun mesti ada 1 hard disk atau mungkin lebih.

Meh sini aku terangkan serba sedikit apa itu hard disk ye. Hard disk merupakan sebuah perangkat atau peranti yang berfungsi untuk menyimpan data. Contoh data tu adalah seperti gambar, video, movie, lagu, fail dalam format office atau pdf, dan sebagainya.

Macam aku ni jenis yang suka berselfie bergambar, rekod itu ini, maka memang wajiblah kena ada hard disk ni. Bila memori handphone dah penuh atau prestasi handphone jadi perlahan, laju-laju lah aku pindahkan semua data baik gambar, video dan sebagainya ke dalam hard disk. Mungkin ada yang bertanya, kenapa tak simpan sahaja dalam pc atau laptop? Bagi aku, boleh je korang nak simpan dalam pc atau laptop korang. Tapi kalau tetiba laptop korang rosak atau tak boleh diselamatkan dah, hah siapa yang nak menjawab tu? Korang jugakkan. Makanya jalan yang paling selamat bagi aku adalah simpan di dua tempat macam aku buat, 1 hard disk dan 1 pc. At least ada backup dekat tempat lain.

Macam mana nak cari ciri-ciri hard disk terbaik?
Owhhh itu sangat senang dan mudah OK. Sebagai contohnya, hard disk pilihan aku adalah dari jenama ADATA. Kenapa aku pilih ADATA? Meh sini aku senaraikan 5 ciri-ciri terbaik ADATA:-

1) Saiz ruang simpanan atau kapasiti storan yang besar
Ya. Ini tersangat PENTING dan PALING PENTING bagi aku. Kalau nak beli hard disk memang aku akan tengok berapa besar saiz ruang simpanannya. Sebab apa kena beli saiz ruang simpan yang besar? Sebab ianya sangat berbaloi untuk tempoh waktu yang lama. Contoh macam aku yang suka ambil gambar itu ini, paling tidak pun aku akan ambil gambar tersebut berulang kali untuk mendapatkan post yang paling best. 


Bila aku pindahkan gambar tersebut, aku akan pindahkan kesemua gambar walaupun gambar tersebut bergegar atau berulang-ulang. Perasaan nak delete walau sekeping gambar tu rasa sayang sangat :)

Perlu korang ingat bahawa saiz GB dan TB adalah berbeza ya. GB tu singkatan gigabyte manakala TB singkatan terabyte. 1 TB bersamaan dengan 1000GB (Secara teknikalnya adalah 1024GB, tetapi kebanyakkan pengilang menggenapkannya sebagai 1000GB) dan pendek kata TB lebih besar dari GB.

Aku bagi 2 contoh hard disk pilihan ADATA yang mempunyai kapasiti storan yang besar:-


i) ADATA HD720 2TB USB 3.0 External Hard Disk Drive Portable HDD (Green) - AHD720-2TU3-CGR, boleh menyimpan data sehingga 2 TB

 
ii) HD710M 1TB USB 3.0 External Hard Drive - AHD710M-1TU3-CCF, boleh menyimpan data sehingga 1 TB

2) Kabel USB dan kelajuannya (speed)
Ini perkara kedua terpenting bagi aku. Hard disk ini ada dua jenis USB, iaitu USB 2.0 dan USB 3.0. Pendek kata USB 3.0 lebih laju berbanding dengan USB 2.0. So pastikan sebelum membeli, pilih dahulu USB yang lebih laju untuk menjimatkan masa pemindahan data, fail, dan sebagainya.


Bagi hard disk jenama ADATA HD720 dan HD710M ini, kedua-duanya berjenis USB 3.0. Rekabentuk kabel USB ini juga sangat kemas dan mengelilingi sarung hard disk tersebut. 

HD710M

HD720

3) Tempoh waranti yang lama
Kalau nak beli sesuatu barang, mesti kita tengok tempoh waranti barang tersebutkan. Begitu juga dengan hard disk. Tempoh waranti yang lama pun memainkan peranan yang penting buat aku. Rata-rata tempoh waranti hard disk adalah selama 3 tahun. Jadi ingat ya, pastikan korang simpan segala resit dan waranti kad hard disk tersebut untuk tujuan penggantian hard disk yang baru dan sebagainya.

4) Tahan lasak, kalis air dan debu
Sekarang ni kebanyakkan hard disk dah ada ciri-ciri tahan lasak, kalis air dan debu. Sebagai contohnya ADATA HD720 2TB USB 3.0 External Hard Disk Drive Portable HDD - AHD720-2TU3-CGR dan HD710M 1TB USB 3.0 External Hard Drive - AHD710M-1TU3-CCF.

ADATA HD720 2TB USB 3.0 External Hard Disk Drive Portable HDD - AHD720-2TU3-CGR

HD710M 1TB USB 3.0 External Hard Drive - AHD710M-1TU3-CCF

Meh sini aku tunjuk kenapa aku suka 2 hard disk ADATA ni. Kalau korang tengok video ni, mesti korang pun jatuh cinta.

ADATA HD720 2TB USB 3.0 External Hard Disk Drive Portable HDD (Green) - AHD720-2TU3-CGR




Haa macamana? Percaya atau tidak? Hard disk ADATA ni memang power beb!Tak rugi duit kalau beli jenama ADATA. Sila tengok video yang seterusnya ini ye. Dibaling, dijatuhkan, dipijak, dipenyek tetap power beb!



5) Kenalpasti syarikat pengeluar hard disk tersebut 
Untuk makluman korang, syarikat ADATA ini sangat terkenal dan telah meraih pelbagai anugerah diperingkat antarabangsa. Antaranya adalah seperti iF Award 2013, Reddot Design Award 2011, Good Design Award 2014 Japan, Taiwan Excellence 2015, Retail No 1 at Flash Drive dan Computex Taipei Design & Innovation Award 2014.   


Maka kesimpulannya, aku memang dah lama jatuh cinta pada hard disk jenama ADATA. Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus klik pada pautan di bawah ini:

i) ADATA HD720 2TB USB 3.0 External Hard Disk Drive Portable HDD (Green) - AHD720-2TU3-CGR

ii) HD710M 1TB USB 3.0 External Hard Drive - AHD710M-1TU3-CCF


Thursday, January 12, 2017

Header 2017

As Salam dan Sejahtera Readers,

Seperti biasa, hobi mak tetiap awal tahun mesti ganti header yang baru. Nak tunggu adik baby keluar, tak keluar lagi. So mak cari dululah gambar yang mak kenan. Kalau rajin nanti mak tukar, kalau malas pakai jelah sampai hujung tahun. haha! At least, gambar ni adik baby pun terselit gak T____________T

Bab-bab design ni mak memang failed sesangat. So mak guna apa yang ada dan apa yang mak tau je yek :D

Mak crop dan edit gambar dalam powerpoint, pastu mak edit size header dalam photoscape. Size header mak guna 834 x 307 pixel. So ngam-ngam cun aje tertepek kat blog mak ni ha T__________T

Cantik tak header mak! acah-acah suwitttt potong kaki gitu! chia chia chia hahaa!



By the way, Alhamdulillah hari ni kandungan mak masuk 38 minggu dah. Entah bilalah adik baby ni nak keluar. Mak doa siang malam mintak adik baby keluar waktu malam atau waktu cuti hujung minggu. Anyway doakan kami berdua selamat dan sihat macam biasa yek. 
Amin :D


Wednesday, January 11, 2017

New Year 2017

As Salam dan Sejahtera Readers,

Happy new year 2017!!!!
Ewah-ewah, hari ni dah 11hb Jan kot. kikiki
Xpelahkan. Biar ler lambat wish pun, janji wish gak. kan kan :D

Anyway untuk tahun 2017 ni wishlist aku lebih kepada masa depan anak-anak. 
Moga kitaorang dapat menjadi mak ayah yang paling penyabar dan adil dalam membesarkan dan mendidik anak-anak yang makin meningkat dewasa, yang makin bijak pandai ni. Setiap hari ada je benda baru yang depa belajar. Antara jadi gorgon atau tak je la kan hahah!

Hopefully tahun ni dapat cari kerja baru. Resume dah ber update. Habis pantang nanti nak cari kerja lain daaaa.. Hopefully ada la rezeki aku kat tempat lain. 9 tahun dah aku kerja kat company lama ni tapi benefit tetap sama malah di potong-potong lagi prfttttt... Tahan tak tahan jela dok kerja sini huh!

Pastu macam biasalah wishlist dari tahun-tahun lepas, iaitu nak kurus!!!haha!!
kurus semedang tmah ni.. ehhh bukan suka-suka nak kurus tau, tapi hubby yang suruh kurus. di mata dia daku ni gemok! lemak benjol di sana sini haha! Ok la bang, syg cuba untuk kurus 5% yek!haha

Itu jela wishlist aku untuk tahun ni. Amin
Semoga tercapailah hendaknya yek :D

New year aritu tak gi mana-mana pun. Malam tengok bunga api tepi LKSA highway. Siang tu just jalan-jalan pusing sacc mall and mitsui bagi cepat sikit bersalin gagaggaa! penat wehhh jalan macam makcik penguin haaa T__________T 

Asyraf gigih tahan mata nak tengok bunga api. Kakak dah selamat belayar :D

Jalan-jalan shopping mata aje gitu