Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Tuesday, January 17, 2017

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik?

As Salam dan Sejahtera Readers,

Korang tau tak apa itu hark disk? Di zaman internet dihujung jari ni, aku confirmlah korang tau apa itu hard disk dan aku yakin sangat setiap orang paling tidak pun mesti ada 1 hard disk atau mungkin lebih.

Meh sini aku terangkan serba sedikit apa itu hard disk ye. Hard disk merupakan sebuah perangkat atau peranti yang berfungsi untuk menyimpan data. Contoh data tu adalah seperti gambar, video, movie, lagu, fail dalam format office atau pdf, dan sebagainya.

Macam aku ni jenis yang suka berselfie bergambar, rekod itu ini, maka memang wajiblah kena ada hard disk ni. Bila memori handphone dah penuh atau prestasi handphone jadi perlahan, laju-laju lah aku pindahkan semua data baik gambar, video dan sebagainya ke dalam hard disk. Mungkin ada yang bertanya, kenapa tak simpan sahaja dalam pc atau laptop? Bagi aku, boleh je korang nak simpan dalam pc atau laptop korang. Tapi kalau tetiba laptop korang rosak atau tak boleh diselamatkan dah, hah siapa yang nak menjawab tu? Korang jugakkan. Makanya jalan yang paling selamat bagi aku adalah simpan di dua tempat macam aku buat, 1 hard disk dan 1 pc. At least ada backup dekat tempat lain.

Macam mana nak cari ciri-ciri hard disk terbaik?
Owhhh itu sangat senang dan mudah OK. Sebagai contohnya, hard disk pilihan aku adalah dari jenama ADATA. Kenapa aku pilih ADATA? Meh sini aku senaraikan 5 ciri-ciri terbaik ADATA:-

1) Saiz ruang simpanan atau kapasiti storan yang besar
Ya. Ini tersangat PENTING dan PALING PENTING bagi aku. Kalau nak beli hard disk memang aku akan tengok berapa besar saiz ruang simpanannya. Sebab apa kena beli saiz ruang simpan yang besar? Sebab ianya sangat berbaloi untuk tempoh waktu yang lama. Contoh macam aku yang suka ambil gambar itu ini, paling tidak pun aku akan ambil gambar tersebut berulang kali untuk mendapatkan post yang paling best. 


Bila aku pindahkan gambar tersebut, aku akan pindahkan kesemua gambar walaupun gambar tersebut bergegar atau berulang-ulang. Perasaan nak delete walau sekeping gambar tu rasa sayang sangat :)

Perlu korang ingat bahawa saiz GB dan TB adalah berbeza ya. GB tu singkatan gigabyte manakala TB singkatan terabyte. 1 TB bersamaan dengan 1000GB (Secara teknikalnya adalah 1024GB, tetapi kebanyakkan pengilang menggenapkannya sebagai 1000GB) dan pendek kata TB lebih besar dari GB.

Aku bagi 2 contoh hard disk pilihan ADATA yang mempunyai kapasiti storan yang besar:-


i) ADATA HD720 2TB USB 3.0 External Hard Disk Drive Portable HDD (Green) - AHD720-2TU3-CGR, boleh menyimpan data sehingga 2 TB

 
ii) HD710M 1TB USB 3.0 External Hard Drive - AHD710M-1TU3-CCF, boleh menyimpan data sehingga 1 TB

2) Kabel USB dan kelajuannya (speed)
Ini perkara kedua terpenting bagi aku. Hard disk ini ada dua jenis USB, iaitu USB 2.0 dan USB 3.0. Pendek kata USB 3.0 lebih laju berbanding dengan USB 2.0. So pastikan sebelum membeli, pilih dahulu USB yang lebih laju untuk menjimatkan masa pemindahan data, fail, dan sebagainya.


Bagi hard disk jenama ADATA HD720 dan HD710M ini, kedua-duanya berjenis USB 3.0. Rekabentuk kabel USB ini juga sangat kemas dan mengelilingi sarung hard disk tersebut. 

HD710M

HD720

3) Tempoh waranti yang lama
Kalau nak beli sesuatu barang, mesti kita tengok tempoh waranti barang tersebutkan. Begitu juga dengan hard disk. Tempoh waranti yang lama pun memainkan peranan yang penting buat aku. Rata-rata tempoh waranti hard disk adalah selama 3 tahun. Jadi ingat ya, pastikan korang simpan segala resit dan waranti kad hard disk tersebut untuk tujuan penggantian hard disk yang baru dan sebagainya.

4) Tahan lasak, kalis air dan debu
Sekarang ni kebanyakkan hard disk dah ada ciri-ciri tahan lasak, kalis air dan debu. Sebagai contohnya ADATA HD720 2TB USB 3.0 External Hard Disk Drive Portable HDD - AHD720-2TU3-CGR dan HD710M 1TB USB 3.0 External Hard Drive - AHD710M-1TU3-CCF.

ADATA HD720 2TB USB 3.0 External Hard Disk Drive Portable HDD - AHD720-2TU3-CGR

HD710M 1TB USB 3.0 External Hard Drive - AHD710M-1TU3-CCF

Meh sini aku tunjuk kenapa aku suka 2 hard disk ADATA ni. Kalau korang tengok video ni, mesti korang pun jatuh cinta.

ADATA HD720 2TB USB 3.0 External Hard Disk Drive Portable HDD (Green) - AHD720-2TU3-CGR

video

video


Haa macamana? Percaya atau tidak? Hard disk ADATA ni memang power beb!Tak rugi duit kalau beli jenama ADATA. Sila tengok video yang seterusnya ini ye. Dibaling, dijatuhkan, dipijak, dipenyek tetap power beb!

video


5) Kenalpasti syarikat pengeluar hard disk tersebut 
Untuk makluman korang, syarikat ADATA ini sangat terkenal dan telah meraih pelbagai anugerah diperingkat antarabangsa. Antaranya adalah seperti iF Award 2013, Reddot Design Award 2011, Good Design Award 2014 Japan, Taiwan Excellence 2015, Retail No 1 at Flash Drive dan Computex Taipei Design & Innovation Award 2014.   


Maka kesimpulannya, aku memang dah lama jatuh cinta pada hard disk jenama ADATA. Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus klik pada pautan di bawah ini:

i) ADATA HD720 2TB USB 3.0 External Hard Disk Drive Portable HDD (Green) - AHD720-2TU3-CGR

ii) HD710M 1TB USB 3.0 External Hard Drive - AHD710M-1TU3-CCF


1 comment:

lokman amirul said...

Salam contest saudari.