Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Friday, February 10, 2017

Hospital Shah Alam: Pengalaman Bersalin Kali Ketiga

As Salam and Sejahtera Readers,

Alhamdulillah. Mak dah bersalin tau! Hari ni dah masuk hari ke 17. Pejam celik pejam celik dah 17 hari. Tak sabar nak habis pantang, nak makan bonis, nak makan eskrim, nak java chip!hahah! Over tmah ni!

Oklah tak nak bebel panjang. Sebelum memory mak low, better mak update dulu cerita pasal bersalin yang ketiga ni. Seriously yang ketiga ni lain sama sekali dengan yang pertama dan kedua. Orang kata, lain anak lain ragamnya, lain ceritanya yek :D

Ceritanya macam ni. 23hb 24hb tu mak MC 2 hari sebab Alisha Asyraf demam. At the same time memang rasa malas giler nak gi kerja. Dah hujung-hujung pregnant ni, of coz la doctor bagi je MC bapa ari pun hihi! Kesian sangat kat bebudak ni, demam on off. Baru je baik demam, ni dah demam semula. Paling kesian kat Asyraf la sebab Asyraf ni kalau demam jenis melepek aje huhu! Demam nak dapat adik gamaknya T_______T

25hb tu tidur-tidur ayam je sebab dok lap-lap badan Asyraf, pantau demam dia. At the same time, mak rasa serba tak kena. Lepas je dengar azan subuh, mak terus masuk toilet sebab tak tahan nak terkucil. Tetiba rasa lain macam. Dah buang air kecil, tapi still keluar air lagi. Macam pelik, terus lah bagitau kat mak cakap mungkin air ketuban dah pecah. Pastu kejut hubby. Orang tengah tidur, biasalah mesti mamai-mamaikan. Hubby tanya itu ini sampai soh tunjuk kat dia ngan mak air tu camne. Nak tak nak, masuk semula dalam bilik air and tunjuk ler air dok meleleh laju. haha! lawak betul! dah takde nak malu-malu dah dengan mak. Ehhh... dengan mak sendiri memang tak pernah malu pun haha!

Pastu dok la kalut tele geng morenians tanya nak solat camne pakai pad ke ape ke. haha! Sumpah tak tau wehh.. Masa Alisha Asyraf mak turun darah. Sampai hospital baru doc pecahkan ketuban huhu! Seriously waktu solat pun macam tak kusyuk sebab air tu keluar laju jek. Kejap je pad penuh ngan air ketuban. Usai solat, terus siap-siap pakai baju. Pastu call MIL. MIL dah cuak sebab kitaorang kat rumah lagi. haha! Mak pun dah kalut soh pi standby kat hospital huhu! Ala rileks la mak-mak kesayanganku. Anakmu ni tak rasa pape lagi kot h0h0! Dalam pukul 9 lebih barulah kiteorang keluar rumah. Masa nak keluar tu macam biasa lah drama air mata. Salam mintak maaf bebanyak kat mak. Pastu pi peluk Alisha Asyraf sambil meleleh-leleh air mata haa. Alisha tak yah cakap ler. Dok meraung teriak nak ikut gi hospital nak tengok adik baby. Ayat dia "kakak sayang ibu, kakak sayang baby" Dok la ulang ayat tu hadoiii sadis mak! Asyraf memang tak bangun dari katil. Dok baring melepek. Sadis gile tengok Asyraf gitu sambil nangis nak ibu nak ibu huarghhh!!! Remuk hati mak!

melepak lagi kat umah. Alisha melepek sebab muntah2 ha

Dah keluar suku jalan, tetiba patah balik rumah semula sebab Liza suruh bawak vit c untuk avoid infection. Dalam kereta hubby tanya nak bersalin kat mana. Actually mak tak decide lagi nak bersalin kat hospital Serdang or hospital Shah Alam. Mak cakap kat hubby tunggu je hari kejadian. So bila tiba hari ni, mak tawakal je cakap HSAS sebab memikirkan Alisha Asyraf demam. At least kalau kena tahan wad, takde lah jauh hubby nak berulang alik. So hubby pun OK kan aje. Otw gi HSAS singgah mamak kat seksyen 24 jap. Liza soh beli air kelapa untuk topup air ketuban tu. Sambil tu sempatlah jamah roti canai selalu hihi! Lepas sarapan hubby ajak singgah rumah parent dia kejap. Boleh plak dia layan borak-borak dulu dengan abah and omar haha! Mak pun OK jek sebab takde rasa sakit ke ape ke. Tung tang tung tang pukul 11 lebih sampai HSAS.

Baru je keluar rumah. Muka cool tak rasa pape :D

Lepak mamak!
air kelapa utk topup air ketuban, vit c utk avoid infection

Sampai HSAS terus pergi PAC, bersebelahan dengan unit kecemasan. Hubby kena tunggu kat luar. Lepas register, nurse suruh baring kat katil and depa pun pasang CTG bagai. Lepas dah check CTG, terus kena naik tingkat 4. Kat tingkat 4 ni, doctor akan tanya bla bla bla. Lepas tu depa akan buat VE nak tgk dah buka bape cm. Ramai gak mak-mak mengandung duduk menahan kesakitan kat kerusi. Yang paling ngeri tu, 3 orang sebelum mak dah disuruh balik sebab baru buka 2 cm. Time tu laaa mak doa bebanyak supaya waktu mak nanti dah buka 3 cm ke atas.h0h0! Then dalam pukul 12.48 pm nama mak kena panggil. Doctor tanya kenapa mak datang. Mak cakap ler mak leaking dari pukul 6 am. So doctor soh baring kat katil tengah. Bila doctor mai buat VE, baru bukak 2 cm OK!!! Huarghhh rasa macam ala ala jangan la kena balik or kena pi HTAR huhu! Pastu doctor cakap, OK Puan, sebab puan dah leaking, nanti tukar baju ya. Nanti saya datang semula nak pasang jarum drip. Mak angguk-angguk ajelah tanda faham. Haishhhhh paling tak suka kena pasang jarum drip tu!!!

CTG CTG CTG!

Kan mak cakap mak tak suka jarum drip tu! 1st cucuk tak kena urat. Bengkak OK! 2nd cucuk baru dapat. Tu pun doctor cucuk kat tepi pergelangan tangan! Siyes sakit sebab ibu jari paling banyak bergerak kan huhu! 

2nd cucuk darah memancut laju. habis kain mak! X___X
sakit tau drip kat area sini!ngeee

Lepas tu bermulalah penantian dari jam ke jam. Hubby dah bising-bising bila nak check bila nak check. Mak pun dah letih jemu menunggu tau. Mujur ler ada hubby boleh borak-borak, ada whatsapp telegram group family, geng PCA and geng Morenians. Takdelah mak kertu menunggu. Kejap-kejap masuk dalam, kejap-kejap keluar gi borak-borak ngan hubby. Owhhhh btw kat luar wad ada ruang menunggu untuk encik-encik suami menunggu isteri-isteri tersayang. So bila bosan kat dalam, boleh ler keluar borak-borak or mengadu sakit kat en suami yek :D

hubby tu muka senyum terpaksa aje. padahal dah kertu duk menunggu kat situ!haha

Dalam pukul 6.10 pm baru dapat katil OK! Tu pun nasib baiklah awal-awal register tu hubby request wad kelas 2. kalau nak tunggu wad kelas 3, mau mak terberanak kat kerusi kot ngeeee!!! Mak dapat katil no 26, tingkat 8A. Bila dah dapat katil, hubby tak leh teman dah. Waktu melawat sampai pukul 7 pm aje, so mak suruh hubby balik dulu tengok bebudak berdua tu. Hubby cakap kalau sakit camne? Ntah, mak pun tak tau sebab nurse tak bagitau pape pun. Mak soh ler hubby tanya nurse bla bla bla. Pastu hubby datang sambil bebel-bebel cakap nurse bagitau kalau sakit, isteri kena call suami. So hubby cakap kat mak, kalau sakit call dia, nanti dia datang semula. Mak OK OK aje sambil tahan air mata syahdu haha! Bila hubby nak balik tu, beria mak mintak maaf, kot la umur tak panjang ke kan lalalallaa!

Dalam pukul 9 lebih camtu dah rasa sakit contraction. Sakit sikit-sikit jek. Pastu makin lama makin kerap pulak contraction datang. Bila contraction datang tu la dok kalut install application contraction hahah! Bila contraction reda, whatsapp hubby tanya budak-budak tu sambil soh hubby datang sini. Tapi liat nauuu dia nak mai haa.. Dah call suruh datang pun dia tak mau datang lagi. Asyik tanya sakit betul ke sakit tipu. Mak cakap bebetul sakit apa. Pukul 11.54 pm whatsapp hubby lagi soh mai. Hubby habaq adik x tidur lagi. Haishhh stress mak dengar sambil sakit tahan contraction. Bila sakit ja, towel mak gigit, bantal and besi katil mak cengkam. Sambil-sambil tu dok baca doa nabi yunus, selawat Nabi Muhammad S.A.W sambil ngongoiii cakap sakit sakit hahaha!

sampai 12.53am mak sempat lagi rekod kekerapan contraction mak!haha
cubaan memujuk tak berjaya!lolsss

Pukul 12.13 am whatsapp lagi cakap sakit, tapi hubby tak reply pun. Pukul 12.28 am nurse masukkan antibiotik pastu terus call hubby soh mai sini. Hubby cakap nanti-nanti dia mai. Mak terus ler merajuk sambil letak telefon. Pukul 12.53 am hubby call cakap dah sampai HSAS. Tengah on call dengan hubby tetiba datang 2 orang nurse dalam keadaan kelam kabut

nurse: Puan, puan sakit ke?
aku: aah contraction saya macam selang 5 minit sambil tengok app contraction tu
nurse: Suami Puan ada dekat luar. Dia cakap puan sakit nak bersalin dah. Kenapa Puan tak bagitau kami sambil mintak izin nak buat VE
aku: Saya bagitau suami saya sebab suami saya dekat rumah. Saya nak suruh dia mai sini sebelum saya bersalin sambil tersengih terpeleot tahan sakit
nurse: Patutnya Puan bagitau kami dulu. Kalau tak boleh panggil, Puan  boleh tekan bell ni sambil tarik bell tu kat mak. Nanti kang suami Puan marah, ingat kami tak buat kerja
aku: Eh takdela. Suami saya OK
nurse 2: Ehh dah 8 cm ni. Cepat tolak masuk labour room terus nurse-nurse tu huru hara tolak katil mak
Mak guard pun datang sambil nak bagi barang yang mak pesan kat hubby tu. Mak tak sempat cakap apa pun, nurse dah suruh mak guard bagitau hubby nak masuk labour room dah

Ya ampun tak tau nak cakap apa haha! Dari tingkat 8 turun ke tingkat 4 semula. Nurse dok pesan jangan teran jangan teran. Mak pun cakap ye tak teran tak teran saya tahan kakaka! X sempat pakai tudung OK! Mak pakai snow cap bertutupkan towel hahaha! Mujur gok ada towel ngeeee!

Masuk je labour room ada 2 bidan. Tukar katil pastu depa buat VE dah 10 cm

bidan: OK Puan boleh teran ye
aku: Krik krik kejap. Macamana saya nak teran kalau saya tak rasa contraction sambil tergelak
bidan: Gelak jugak. Tadi saya tengok Puan macam nak meneran. Ni Puan boleh gelak-gelak lagi
aku: Sambung gelak sambil cakap ok dah rasa dah rasa
bidan: OK Puan, teran Puan. Kan bagus kalau dapat patient camni. Sampai-sampai dah 10 cm pastu boleh gelak-gelak lagi
nurse: Tahu tak, Puan ni sakit tapi tak bagitau saya. Dia bagitau suami dia. Dah suami dia yang bagitau saya isteri dia nak bersalin
pastu kami gelak reramai
aku: Nurse! Mana suami saya nurse sambil meneran
bidan: Nurse tolong panggil suami Puan ni. Siapa nama ye
aku: Nama dia Muhammad Hamzah bin Zainal Abidin
bidan: Gelak sambil cakap bukan! Nama Puan apa
aku: Nama saya Siti Fatimah binti Rahim. Cepat sikit nurse
nurse tu terus berlari keluar

tup-tup tengah meneran terus nampak hubby. Hubby terus pergi kat tepi kepala mak
hubby: Allahuakbar Allahuakbar lagi sayang. Dah nampak kepala tu sambil bagi kata semangat
aku: teran jela seboleh-bolehnya

Alhamdulillah 1.16 am lahirlah cahaya mata kami yang ketiga. Alhamdulillah Allah permudahkan dan perkenankan doa yang mak pohon selama ni. Segala-galanya berjalan dengan mudah dan lancar. Lepas aje bersalin, terus datang sorang nurse and terus sua air hot chocolate. Mak aiiii sedap gile rasa. Mintak izin kat nurse nak habiskan air tu. Nurse sengih je sambil angguk-angguk. Hubby kemain happy tengok baby. Dok la ulang baby putih baby putih. Memang putih pun baby mak ni :D

Hubby teman sampai pukul 3.00 am. Pastu mak soh hubby balik sebab esok pagi nak pi tanam uri baby plak. Mak nak tidur tapi tak leh tidur. X puas nak tengok baby niii

welcome to the world si putih lepuk ayah!
 fuhhhh panjang lebar haa menaip. Esok lusa mak sambung cerita yang seterusnya yek lols!

8 comments:

Chekgu Azrine said...

tahniah sis..pengalaman yg menyeronokkan even sakit kan sis..tp skjp je Allah bg lupa

y i e n said...

Sonok daku baca.. Tp nervous mengenang nasebku pulak nnt

umie shahidah said...

Ala alaaa syioknye bce.. kekeke.. yg cleh blah siap gelak2 kt labour room..
Sempoi je rsenye..haa wlupun tgh ggih nk teran.. alhamdulillah.. smua dpermudahkan

CikNaa said...

Debor hoi baca. Alhamdulillah selamat dah Tmah.. rezeki tau dpt nurse baik² tu siap boleh gelak ramai² dlm LR huhu

Siti Isa said...

tahniah..comelnya baby..

Wanie Masduki said...

kak, terharu baca citer akak ni..mcm nak mengalir air mata..teringat masa bersalin uzai aritu..nurse hospital shah alam baik2 belaka..

jaja_NorLiza said...

Alhamdullillah... Tahniah... Actually, sy bersalin 24/1..kat HSAS gak.. Gigih baca pengalaman bersalin ni.. Nak tgk wad mana kot2 terkena sebilik kan?? Hihi.. Tp maybe kita berjiran je time tu... Sy wad 8A.. Katil 21..hihi... Neway... Comey sgt ur baby!!! V)

LisaLisut said...

Kelaka la timah. Cool je suami kt umah. Kalau i jgn hrp ko blk. Duduk dgn i smpi beranak. Bahahs. Dhla 10cm bole gelak2. Haha gleee xthn i weiii ms 10cm. Salute!